YOUTH TALK IN SCOUTING- ENGLISH IN JAMBOREE
JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN PERSAUDARAAN ANTARABANGSA
Seramai 2 orang ahli KLM 21 IPGKSAH telah mengendalikan 2 perbincangan untuk Youth Talk pada 3 Dis dan 5 Dis 2022 di tapak jambori UUM bagi membincangkan tahap penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta pengakap jambori dari Thailand dan Indonesia. Seramai 20 orang peserta telah menyertai Youth Talk ini dan ia berjalan lancar. Para peserta telah menunjukkan minat serta berkongsi masalah yang dihadapi untuk berkomunikasi dengan pengakap Malaysia kerana masalah penggunaan bahasa. Penyelaras aktiviti ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 132
BINA INSAN GURU SIRI 7
PISMP AMBILAN JUN 2022
BIG bagi pelajar-pelajar PISMP Ambilan Jun 2022 akhirnya melabuhkan tirai apabila BIG Siri 7 telah sampai ke penghujung. BIG yang telah dijalankan pada 12-16 Nov 2022 telah disertai oleh 84 orang pelajar dan dilatih oleh 7 orang jurulatih serta beberapa orang pensyarah akademik dan kaunselor. Para peserta telah menunjukkan sikap positif dalam diri serta mampu untuk bekerjasama dalam setiap aktiviti yang perlu disempurnakan. Kem Komanden pada siri ini ialah En Zukifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 109
KARNIVAL KOKURIKULUM (PERSATUAN)
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 251
BINA INSAN GURU SIRI 6
PISMP AMBILAN JUN 2022
Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah berjaya dilaksanakan pada 5-9 Disember 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 78 orang peserta PPISMP Ambilan Jun 2022 telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 7 orang jurulatih Unit Kokurikulum sepanjang BIG berjalan. Antara aktiviiti semasa BIG ialah berakit, abseiling, kawad kaki, masak masakan rimba, ikatan dan simpulan, malam kebudayaan dan senamrobik. Ketua kom bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 157
BENGKEL PEMBUATAN KRAFTANGAN TRADISIONAL
Pada 23 Oktober 2022, Unit Kokurikulum dan 10 orang palajar IPGKSAH telah menyertai Bengkel Pembuatan Kraftangan Tradisional di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Pengisian bengkel ialah teknik pembuatan watak wayang kulit dan model wau bulan. Para peserta telah menunjukkan minat dan hasil kerja yang sangat kreatif. Penyelaras program ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 231