KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN
KLM 21, IPGK SULTAN ABDUL HALIM
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan telah diadakan pada 4 Feb 2023 di Dewan Bukhari, IPGKSAH. Kursus ini diadakan bagi memberi peluang kepada guru pelatih yang berminat untuk mendalami ilmu kepengakapan hingga berjaya dikalungkan 2 butir manikayu. Ketua kursus ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dan dibantu oleh 2 orang penolong ketua kursus iaitu En Nor Katini bin Abu Hassan dan En Mohamed Zainudin Rashid. Nombor kursus ialah KP-3949 dan jumlah peserta ialah 60 orang dari IPGKSAH dan 4 orang dari IPGK Perlis. Tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 261
BENGKEL SANTAI WOODBALL
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Santai Woodball pada 3 Feb 2023 di padang IPGKSAH. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian yang dikendalikan oleh En Kholid Salleh selaku penyelaras. Para peserta didedahkan perihal undang-undang, teknik, peralatan dan cara bermain woodball yang betul. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang permainan ini, disamping mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPGKSAH.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 128
LAWATAN PENANDA ARAS
BALAI BOMBA AMANJAYA
Unit Kokurikulum telah mengadakan lawatan penanda aras pada 10 Januari 2023 ke Balai Bomba Amanjaya, Kedah. Lawatan ini diadakan bagi mewujudkan hubungan baik dan kolaborasi dengan pihak bomba selain mempelajari beberapa teknik menyelamat serta penggunaan peralatan untuk aktiviti tali aras tinggi. Lawatan ini akan diadakan lagi untuk aktiviti tali temali serta rempuh halangan. Penyelaras program ini ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 115
BENGKEL OLAHRAGA (LOMPAT TINGGI)
Bengkel Olahraga untuk acara lompat tinggi telah diadakan pada 4 Januari 2023 di gimnasium IPGKSAH yang melibatkan semua jurulatih Unit Kokurikulum sebagai persediaan untuk mengajar subjek Olahraga. Beberapa teknik lompatan telah dilatih seperti teknik lompatan gaya gunting. gaya pelana dan gaya lentang, SOP dan peraturan serta kaedah ansur maju yang sesuai untuk diajar. Penyelaras bengkel kali ini ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 274