LAWATAN PENANDA ARAS
PUSAT KOKURIKULUM DAERAH PENDANG
Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Kokurikulum Daerah Pendang pada 21 Mei 2024 untuk membuat lawatan tapak dan melihat kemudahan yang disediakan di pusat kokurikulum tersebut. Susun atur tempat perkhemahan amat strategik dan kemudahan yang disediakan membuktikan Pusat Kokurikulum Pendang boleh dijadikan contoh sebagai tapak perkhemahan yang selesa.