BENGKEL I AM A VOLUNTEER
Unit Kokurikulum telah menganjurkan Bengkel I Am A Volunteer pada 9 Mac 2023 di Dewan Bukahri kepada 46 orang pelajar yang telah terpilih sebagai sukarelawan Hero Fun Run anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai Belia dan Sukan bagi memberi penerangan dan taklimat berkaitan tugas serta peranan semua peserta termasuklah menjaga check point dan petugas. Penyelaras bertugas ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 127
MAJLIS PENGANUGERAHAN RAMBU PERINGKAT PPM KEDAH
KLM 21 IPGKSAH telah diberi kepercayaan untuk membantu PPM Kedah melancarkan Majlis Penganugerahan Rambu PKK, PM dan PR yang telah berlansung pada 25 Feb 2023. Tugas ini sangat penting bagi memberi pengalaman kepada KLM 21 membentuk kemahiran insaniah sebagai bakal pemimpin pengakap di sekolah kelak. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 223
WEBINAR: RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Rambu Pengakap Kanak-Kanak pada 22 Feb 2023. Webinar ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada 90 orang guru dan calon penerima rambu yang menyertai webinar ini tentang rambu PKK sebagai persediaan kepada mereka. Antara tajuk yang disentuh ialah uniform dan tatacara menerima rambu. Penceramah bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 291
LAWATAN PENANDA ARAS
PUSAT LATIHAN KOKURIKULUM JPN PERLIS
Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di Pusat Kokurikulum JPN Perlis pada 21 Feb 2023. Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan baik antara UKK dan Pusat Kokurikulum Perlis disamping membincangkan beberapa aktiviti kerjasama seperti perkhemahan BIG dan perkhemahan Unit Beruniform. Penyelaras bertugas ialah Cik Noor Hayati Ariffin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 184
KUALITI PERIBADI: JOM MAIN!
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 137
Read more: Kualiti Peribadi: Jom Main! anjuran Unit Kokurikulum