BENGKEL ASAS WOODBALL SMKSPK
Bengkel Asas Woodball telah diadakan pada 15 Feb 2023 di gelanggang woodball IPGKSAH bagi memberi pendedahan dan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dari SMK Sg Pasir Kechil, Kedah. Seramai 40 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah mengambil bahagian. Penyelaras bertugas ialah En Kholid Salleh dan dibantu oleh jurulatih kokurikulum UKK.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 127
BENGKEL ASAS ORIENTEERING SIRI 2
Unit Kokurikulum dengan kerjasama SMK Sg Pasir Kechil telah mengadakan Bengkel Asas Orienteering Siri 2 kepada 33 orang pelajar Tingkatan 4. Bengkel ini mendedahkan peserta tentang sukan orienteering, sejarah, peralatan, cara membaca kompas, cara membuat peta di sekitar PULAKO serta membuat control point. Perlawanan antara kumpulan turut diadakan. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 188
KURSUS ASAS KEPIMPINAN PENGAKAP LAUT
PERINGKAT KEBANGSAAN
Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dari Unit Kokurikulum telah bertugas sebagai Jurulatih Kursus Asas Kepimpinan Pengakap Laut pada 9-12 Feb 2023 di TLDM Lumut, Perak. Antara pengisian kursus ialah keyakinan diri di air, asas kayak, ikatan dan simpulan, air pasang surut, lawatan dan aktiviti pangkalan. Seramai 89 orang peserta dan 28 orang jurulatih telah terlibat dalam kursus ini.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 218
BENGKEL ASAS ORIENTEERING SMKSPK
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Orienteering kepada 30 orang pelajar SMK Sg Pasir Kechil sebagai salah satu aktiviti kecergasan kepada mereka, Orienteering diperkenalkan bagi memberi kemahiran dan pengetahuan kepada mereka, termasuklah cara membaca kompas, melukis peta dan aktiviti 5 control points di sekitar kawasan sekolah. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 145
BENGKEL ASAS ORIENTEERING
Bengkel Asas Orienteering telah diadakan pada 4 Feb 2023 di PULAKO IPGKSAH anjuran Unit Kokurikulum. Seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 3 orang jurulatih bertugas. Para peserta telah didedahkan tentang pengenalan, peralatan, cara melukis peta, kompas dan membuat control point di kawasan sekitar IPGKSAH. Penyelaras bertugas ialah Dr Mohamad Nasrullah bin Nasiruddin, Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 177