EKSPLORASI BUKIT BENDERA
Unit Kokurikulum telah mengadakan Eksplorasi Bukit Bendera bersama-sama 20 orang pelajar dari kelas 13K pada 4 Jun 2023. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti mentor mentee di bawah seliaan Cik Noor Hayati Ariffin. Pelajar-pelajar telah didedahkan tentang kehidupan flora fauna serta menyahut cabaran mendaki bukit yang tinggi. Penyelaras bertugas ialah En Ng Kheng Loon. Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 159
LAWATAN AKU ANAK SENI
Persatuan Seni Kreatif (Unit Kokurikulum) telah mengadakan Lawatan Aku Anak Seni pada 30 Mei 2023 di Balai Seni dan JKKN Pulau Pinang. Seramai 36 orang pelajar dan 1 orang pensyarah pengiring telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Objektif lawatan ini diadakan ialah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat pameran seni serta menjalinkan kolaborasi dengan JKKN. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 202
BENGKEL MASAKAN TRADISIONAL
Pada 25 Mei 2023, Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Masakan Tradisional (lontong) di PULAKO IPGKSAH melibatkan 14 orang peserta. Bengkel ini diadakan bagi melatih jurulatih kokurikulum dan AKP yang terlibat untuk memasak lontong kerana ia merupakan kemahiran sampingan yang diperlukan terutamanya semasa BIG dan Perkhemahan Unit Beruniform. Fasilitator yang terlibat ialah Cik Noor Hayati Ariffin manakala penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 162
CERAMAH TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM
Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan STEM telah berkongsi kepakaran memberi ceramah bertajuk Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam kepada 1200 orang pelajar di SMK Ibrahim pada 7 Mei 2023. Penceramah bertugas ialah Dr Fazliza Che Amat dan dibantu oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Kolaborasi 2 jabatan/unit ini merupakan 1 langkah bijak dalam mencapai objektif untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar di sekolah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1045
KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK PPMD KUALA MUDA
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1158