WEBINAR HARI PELAUT SEDUNIA
Pada 26 Jun 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Hari Pelaut Sedunia bagi membincangkan tentang 50 soalan kuiz anjuran Pengakap Laut Malaysia. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dan dikendalikan oleh Sekawang Ungu. Penyelaras webinar kali ini ialah Cik Noor Hayati Ariifn yang turut bertindak sebagai moderator.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 97
KUALITI PERIBADI UNIT KOKURIKULUM
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 598
Read more: Kualiti Peribadi IPGKSAH bersama-sama Unit Kokurikulum
WEBINAR KENALI KAGUM BADMINTON
Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Kenali KAGUM Badminton yang dikendalikan oleh En Zulkifli Mohd Yusof sebagai penceramah dan dibantu oleh En Ng Kheng Loon selaku moderator. Webinar kali ini turut disertai oleh Dr Amir Mohd Nason selaku pengurus pasukan. Semua peserta telah didedahkan tentang KAGUM serta perancangan unit bagi meningkatkan semangat peserta untuk bertanding di IPGKTB nanti.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 170
WEBINAR : MENJENGOK KE DUNIA KAGUM BOLA JARING
Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Menjengok Ke Dunia KAGUM Bola Jaring pada 21 Jun 2022. Webinar ini lebih berfokus kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai KAGUM bagi permainan bola jaring. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang KAGUM supaya mereka dapat membuat persediaan awal bagi menyertai perlawanan yang bakal berlansung pada bulan Julai 2022 di IPGKDA. Perkongsian pengalaman bersama Pn Siti Aishah, pemain bola jaring Kedah Sunshines turut memeriahkan suasana webinar, sekaligus meningkatkan semangat pelajar apatah Timbalan Pengarah turut memberi kata-kata semangat kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga bergelar juara. Penceramah bertugas ialah Cik Noor Hayati dan dibantu oleh Pn Nur Eliyawaton selaku moderator.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 141
PERKONGSIAN ILMU - HARI PENYU SEDUNIA
Pada 19 Jun 2022 Unit Kokurikulum dengan kerjasama Sekawan Kuning, KLM 21 telah mengadakan perkongsian ilmu bertajuk Hari Penyu Sedunia bagi membincangkan soalan kuiz sempena Hari Penyu Sedunia yang dianjurkan oleh Pengakap Laut Malaysia. Seramai 26 orang peserta telah mengambil bahagian dan sesi perkongsian ilmu ini telah berjalan lancar. Moderator bertugas ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 183