CERAMAH B.I.G - DASAR KESELAMATAN NEGARA

Unit Kokurikulum telah berkolaborasi dengan Majlis Keselamatan Negeri Kedah dalam menyampaikan ceramah BIG bertajuk Dasar Keselamatan Negara pada 23 April 2024 di Dewan Munsyi yang melibatkan 220 orang peserta BIG dan 8 orang jurulatih. Menyedari bahawa kumpulan pendidik merupakan kelompok paling hampir dengan masyarakat khususnya golongan pelajar selain berperanan sebagai pembentuk generasi hadapan, MKN Kedah berpandangan bahawa suntikan elemen pemikiran keselamatan harus diterapkan lebih awal di kalangan para pelajar institut ini bagi membolehkan agenda keselamatan dapat dihayati dan direalisasikan setelah ditempatkan sebagai guru di sekolah nanti.

Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap isu kesihatan mental di kalangan bakal pendidik dan kumpulan pelajar pada masa kini.  Berkongsi di dalam sesi taklimat ini, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid berkata, kesihatan mental yang baik sangat diperlukan oleh bakal guru dalam mendepani cabaran dalam dimensi pendidikan yang semakin meluas. Tahniah diucapkan.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290