Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Orienteering kepada 65 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 22 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang peralatan orienteering, cara melukis petunjuk, cara membaca kompas serta amali orienteering sebanyak 6 control points. Ia merupakan pertandingan dan semua kumpulan telah menunjukkan komitmen serta minat yang sangat mendalam. Penceramah terlibat ialah Dr Mohamad Nasrullah Nasiruddin dari Unit Kokurikulum
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 438
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Balutan dan Anduh kepada 70 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 21 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang bantu mula, cara mengikat anduh dan membuat balutan yang betul serta penerangan tentang kepentingan menguasai kemahiran ini. Penceramah terlibat ialah En Ng Kheng Loon dari Unit Kokurikulum.
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 337
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Masakan Rimba kepada 70 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 21 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang masakan rimba seperti masak telur dalam kentang dan batang pisang. Penceramah terlibat ialah En Kholid Salleh dari Unit Kokurikulum.
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 172
WEBINAR : HARI KONSERVASI EKOSISTEM ANTARABANGSA
Pada 3 Julai 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Hari Konservasi Ekosistem Antarabangsa pada 3 Julai 2022. Sekawan Hijau telah memainkan peranan sebagai penyelaras untuk kali ini dan dibantu oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias sebagai moderator. Objektif webinar ini diadakan adalah untuk membincangkan 50 soalan berkaitan yang dianjurkan oleh Pengakap Laut Malaysia.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 96