KHIDMAT KOMUNITI DENGAN PELAJAR OKU
Program Menyantuni Kanak-Kanak/OKU anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Muda telah diadakan pada 27 Julai 2024 di Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong. Pengakap KLM 21 telah berpeluang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam program ini dan menyertai pelbagai aktiviti seperti sukaneka dan cara memadamkan api oleh BOMBA. Tahniah diucapkan kepada semua.