PROGRAM KAYAK ANTARABANGSA
Tahniah diucapkan kepada KLM 21 yang mewakil PPM KLM IPG KPM kerana telah menyertai Program Kayak Antarabangsa anjuran PPM Perak pada 8-11 Ogos 2024. Kayuhan berjarak +- 150 KM ini bermula dari Kuala Kangsar hingga ke Teluk Intan dan melibatkan seramai 124 orang peserta dari pelbagai negeri dan negara. Cabaran utama ialah faktor cuaca dan kedalaman air sungai yang sukar dijangka namun pasukan KLM 21 telah berjaya mengharungi cabaran ini dengan cemerlang tanpa kecederaan. Tahniah diucapkan.