BENGKEL ASAS PETANQUE
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Petanque kepada 21 orang guru dan pelajar Kelab Petanque SMK Sg Pasir Kechil pada 21 Jun 2023. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang permainan petanque, alat, teknik dan peraturan pertandingan. Fasilitator terlibat ialah En Fairus Izhar dan penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof. Tahniah kepada semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 237
EKSPLORASI GUNUNG BALING, KEDAH
Tahniah kepada 58 orang ahli Persatuan Rekreasi (Unit Kokurikulum ) dan jurulatih yg berjaya mendaki Gunung Baling pada 20 Jun 2023. Aktiviti ini menguji ketahanan mental dan fizikal semua peserta disamping meningkatkan kemahiran dalam ilmu mendaki gunung.. Penyelaras bertugas Dr Mohamad Nasrullah Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 156
Karnival Belia dan Sukan Negeri Kedah
Seramai 40 pelajar dan pensyarah Unit Kokurikulum IPGKSAH telah menyertai Pertandingan Aerobathon dan Climbathon sempena Karnival Belia dan Sukan pada 17 Jun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Penglibatan ini memberi peluang kepada semua peserta meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti berkonsepkan pertandingan dalam sukan dan rekreasi. Tahniah kepada Liew Chui Ling kerana memenangi tempat ke-3 Pertandingan Aerobathon dan Pn Nur Eliyawaton memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Clibathon. Penyelaras bertugas ialah Cik Noor Hayati Ariffin. Tahniah semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 236
KARNIVAL STEM 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH
Pada 11 Jun 2023. Unit Kokurikulum dan 7 orang pelajar telah bertugas di Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah di SMK Ibrahim. Karnival ini memberi peluang kepada semua peserta untuk mendalami ilmu dan kemahiran STEM secara lebih dekat dan terperinci melalui aktiviti dan pameran yang diadakan oleh pelbagai pihak dan agensi. Ia merupakan pengalaman bermakna kepada pelajar-pelajar IPGKSAH yang bertugas di beberapa stesen STEM dalam membentuk sikap kepimpinan dan kemahiran komunikasi bersama-sama hampir 2000 pelajar dan guru yang hadir. Penyelaras bertugas ialah Cik Noor Hayati Ariffin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 427
PERTANDINGAN CATUR USM
Pasukan Catur IPGKSAH seramai 17 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Catur yang telah diadakan di USM pada 4 Jun 2023. Pertandingan ini merupakan satu pendedahan kepada para peserta dalam meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka dalam permainan catur. Tahniah kepada Muhammad Sufian Shah bin Mazlan yang telah memenangi pertandingan ini dalam kategori IPTA/IPTS. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 192