PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS
Mobilasi Satria Program Menyantuni Warga Emas anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Muda telah diadakan pada 25 Julai 2024 di Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong. Pengakap KLM 21 telah berpeluang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam program ini dan menyertai pelbagai aktiviti seperti senamrobik dan bantu mula oleh JPAM Kuala Muda. Tahniah diucapkan kepada semua.