HARI BELIA PERLIS
Pada 8 Julai 2023, seramai 24 orang pelajar telah menyertai Hari Belia Perlis yang telah diadakan di UTC Perlis. Antara pengisian yang telah disertai ialah pameran dan aktiviti bersama LPPKN, Klik dengan Bijak, Tabung Haji, paintball shooting dan forum remaja, Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 173
PERTANDINGAN CATUR TERBUKA
ANJURAN IPGK PERLIS
Kelab Catur IPGKSAH telah menyahut cabaran dalam Pertandingan Catur Terbuka anjuran IPGK Perlis pada 8 Julai 2023. Seramai 16 orang pelajar telah mengambil bahagian dan diiringi oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Tahniah diucapkan kepada Wan Mohd Hakim kerana terpilih sebagai Pemain Terbaik IPG dan syabas kepada semua pemain yang telah bertarung dengan penuh semangat.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 133
SUKARELAWAN MERENTAS DESA SMKSPK
Unit Kokurikulum dan 9 orang pelajar dari Persatuan Seni Kreatif telah menyumbang khidmat sebagai sukarelawan Merentas Desa SMK Sg Pasir Kechil pada 27 Jun 2023. Penglibatan ini memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman dalma menguruskan acara merentas desa di peringkat sekolah. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias,
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 181
BENGKEL ASAS PETANQUE
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Petanque kepada 21 orang guru dan pelajar Kelab Petanque SMK Sg Pasir Kechil pada 21 Jun 2023. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang permainan petanque, alat, teknik dan peraturan pertandingan. Fasilitator terlibat ialah En Fairus Izhar dan penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof. Tahniah kepada semua.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 207
EKSPLORASI GUNUNG BALING, KEDAH
Tahniah kepada 58 orang ahli Persatuan Rekreasi (Unit Kokurikulum ) dan jurulatih yg berjaya mendaki Gunung Baling pada 20 Jun 2023. Aktiviti ini menguji ketahanan mental dan fizikal semua peserta disamping meningkatkan kemahiran dalam ilmu mendaki gunung.. Penyelaras bertugas Dr Mohamad Nasrullah Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 138