Rakan Mahir: Skill For Life
Kursus Asas Membuat Cenderamata Tudung Bawal Manik Tabur
Seramai 3 orang KLM 21 telah menyertai Kursus Asas Membuat Cenderamata Tudung Bawal Manik Tabur pada 7 Nov 2024 di Akademi Fesyen KME, Sg Petani anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua peserta tentang teknik menyusun dan menekap manik tabur pada tudung. Pensyarah terlibat ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dari Unit Kokurikulum.