PROGRAM KOLABORASI SIMULASI HAJI CILIK PRASEKOLAH TAHUN 2023
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah melaksanakan Program Kolaborasi Simulasi Haji Cilik Prasekolah untuk tahun 2023 di Dewan Munsyi pada 22 Jun 2023. Program ini direaliasasikan dengan pelibatan 25 orang murid Prasekolah Didikku Sayang IPGKSAH, 63 orang murid Prasekolah SK Bandar Puteri Jaya, 34 orang murid Tadika Anakku Khalifah Pintar, 15 orang murid Tadika Khalifah Cemerlang dan 10 orang murid Prasekolah SK Sungai Tok Pawang. Tetamu jemputan juga terdiri daripada Encik Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman, Guru Besar SK Bandar Puteri Jaya, Pn. Rohana binti Ahmad, Pengusaha dan Guru Besar Tadika Anakku Khalifah Pintar dan Pn. Noor Hayati binti Muhammad Noor, Pengusaha Tadika Anakku Khalifah Cemerlang, Baling. Majlis diserikan lagi dengan acara Menandatangani Sijil Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan tetamu jemputan.
Simulasi Haji Cilik dilaksanakan dengan jayanya dengan bimbingan oleh Puan Faridah binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial bersama urus setia seramai 25 orang kumpulan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak semester III. Terima kasih diucapkan ibu bapa dan waris yang hadir dan memberi sokongan kejayaan majlis ini.
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 489
MAJLIS SEKALUNG BUDI JASAMU DIKENANG "Titipan Memori Seikhlas Budi"
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak IPGKSAH meraikan pertukaran Puan Rajmah binti Othman selaku Penolong Ketua Jabatan, JPAKK yang akan bertugas di Sekolah Menengah Pendang dalam Majlis Sekalung Budi Jasamu Dikenang "Titipan Memori Seikhlas Budi" di Dewan Bukhari pada 28 Mei 2023 bersama siswa siswi pendidik Kumpulan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Beliau memulakan perkhidmatan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim mulai 1 Julai 2002. Beliau dianugerahkan Pensyarah Cemerlang DG44, DG48 dan DG52 dan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan 2022.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Rajmah binti Othman atas sumbangan dan perkhidmatan beliau selaku pensyarah Prasekolah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak sepanjang 21 tahun perkhidmatan di IPGKSAH. Semoga diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Selamat bertugas di SMK Pendang dan didoakan semoga meneruskan kecemerlangan di sekolah baharu.
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 444
Bengkel Matematik Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 429
Pelancaran Pelan Anti Rasuah Peringkat Prasekolah Didikku Sayang IPGKSAH
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 2297
Read more: Pelancaran Pelan Anti Rasuah Peringkat Prasekolah Didikku Sayang
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 302