PERTANDINGAN INOVASI PERSIDANGAN KEBANGSAAN PEDAGOGI DAN PENDIDIKAN GURU IPG ZON SELATAN 2025
Kejayaan membanggakan ! Kumpulan inovasi GEN5PIRE dari Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah meraih pingat Emas melalui projek inovasi E-Ternak dalam Pertandingan Inovasi Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru IPG Zon Selatan 2025.
Pasukan GEN5PIRE terdiri daripada Pn. Juriah binti Zaini (Pensyarah), Teoh Yoong Yee, Nur Alia Farzana binti Mohd Faisal, Lim Jia Ying dan Nur Fatin Irdina binti Mohamad Saidi.
Tahniah diucapkan atas pencapaian ini yang membuktikan kecemerlangan warga IPGM KSAH dalam menghasilkan inovasi kreatif dan berimpak tinggi untuk pendidikan.