PERTANDINGAN PESTA PANTUN PENJAWAT AWAM PIALA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH 2025

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Mohd Aidil Firdaus bin Mohd Sok kerana dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik dan Kumpulan SERI ADIKARA atas kejayaan merangkul gelaran Johan Pesta Pantun Penjawat Awam Piala Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 2025 yang bertemakan "Pekerja Bestari, Pemacu Inovasi" di Wisma Darul Aman.

Pertandingan ini berlangsung pada 28 Mei hingga 1 Jun 2025, anjuran pelbagai agensi kerajaan negeri serta badan kebudayaan peringkat negeri Kedah.

Kemenangan ini membuktikan keunggulan dalam seni pengucapan pantun serta komitmen tinggi dalam memartabatkan warisan bangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang kesusateraan dan budaya. 

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290