Pertandingan Akhir Berbalas Pantun
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 338
Program Pedagogi Murid Orang Asli
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 363
MAJLIS SEND OFF YBrs. DR. HJH. ROZANA BINTI ABDUL RAHIM
Warga pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan semua pelajar pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim mengucapkan selamat bersara kepada YBrs. Dr. Hjh. Rozana binti Abdul Rahim. Tanggal 6 Julai 2023 merupakan tarikh persaraan wajib beliau. Terima kasih atas segala khidmat dan bakti serta sumbangan ilmu dan kepakaran selama ini. Selamat menempuh alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta.
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 288
PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah berjaya dilaksanakan pada 24 Jun 2023 di Bilik Mikro. Pelibatan seramai 45 orang siswa dan siswi pendidik kumpulan Pendidikan Awal Kanak-kanak PISMP Tahun I Semester III bersama lima orang pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak IPGKSAH. Program Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak Taska dan Prasekolah bagi melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya.
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 577
PROGRAM KOLABORASI SIMULASI HAJI CILIK PRASEKOLAH TAHUN 2023
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah melaksanakan Program Kolaborasi Simulasi Haji Cilik Prasekolah untuk tahun 2023 di Dewan Munsyi pada 22 Jun 2023. Program ini direaliasasikan dengan pelibatan 25 orang murid Prasekolah Didikku Sayang IPGKSAH, 63 orang murid Prasekolah SK Bandar Puteri Jaya, 34 orang murid Tadika Anakku Khalifah Pintar, 15 orang murid Tadika Khalifah Cemerlang dan 10 orang murid Prasekolah SK Sungai Tok Pawang. Tetamu jemputan juga terdiri daripada Encik Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman, Guru Besar SK Bandar Puteri Jaya, Pn. Rohana binti Ahmad, Pengusaha dan Guru Besar Tadika Anakku Khalifah Pintar dan Pn. Noor Hayati binti Muhammad Noor, Pengusaha Tadika Anakku Khalifah Cemerlang, Baling. Majlis diserikan lagi dengan acara Menandatangani Sijil Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan tetamu jemputan.
Simulasi Haji Cilik dilaksanakan dengan jayanya dengan bimbingan oleh Puan Faridah binti Abdul Rahman, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial bersama urus setia seramai 25 orang kumpulan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak semester III. Terima kasih diucapkan ibu bapa dan waris yang hadir dan memberi sokongan kejayaan majlis ini.
- Details
- Written by: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Hits: 356