Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah Didikku Sayang IPGM KSAH 2025

Pada 23 April 2025 bertempat di kawasan kelas prasekolah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, satu majlis penuh meriah telah berlangsung sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Prasekolah Didikku Sayang 2025.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi ini disambut dengan penuh warna-warni dan suasana harmoni oleh seluruh murid prasekolah yang tampil segak dan ayu dengan pakaian baju raya masing-masing.

Majis ini merupakan antara inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) sebagai platform untuk menerapkan nilai murni, semangat perpaduan dan penghargaan terhadap budaya serta tradisi Islam dalam kalangan kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti:

-Ucapan Hari Raya oleh guru-guru

-Persembahan nyanyian lagu raya oleh murid

-Jamuan ringan hasil sumbangan makanan daripada ibu bapa

-Sesi bergambar kenangan dalam suasana Hari Raya

Pn, Hanani, guru prasekolah Didikku Sayang menyatakan bahawa majlis ini bukan sekadar sambutan, tetapi berfungsi sebagai ruang perkembangan sahsiah, keyakinan diri dan kemahiran sosial murid prasekolah.

Walaupun penglibatan kali ini hanya melibatkan murid sahaja, semangat Hari Raya tetap dirasai dengan suasana mesra, persembahan istimewa dan kerjasama erat antara guru, pensyarah serta ibu bapa dalam menjayakan program ini.

Majlis diakhiri dengan acara bersalaman dan pengagihan sampul raya simbolik sebagai kenangan manis buat setiap murid. 

 

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290