PROGRAM JANGKAUAN BAWAH DASAR MBMMBI DI SK BANDAR BARU BERIS JAYA
Program Jangkauan Bawah Dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris) telah berjaya dilaksanakan di SK Bandar Baru Beris Jaya pada 24 Jun 2025. Program ini melibatkan penyertaan aktif pelajar PISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam menyampaikan aktiviti pembelajaran bahasa yang interaktif kepada murid prasekolah.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti permainan bahasa, pengajaran berasaskan teknologi menggunakan tablet dan sesi bercerita dua bahasa yang berfokuskan kemahiran literasi awal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan bermain sambil belajar, selaras dengan keperluan kurikulum prasekolah kebangsaan.
Kehadiran pensyarah pengiring serta guru prasekolah SK Bandar Baru Beris Jaya telah memeriahkan program dan memberi sokongan moral kepada pelajar IPG yang menjalankan intervensi pembelajaran ini. Diharapkan inisiatif sebegini dapat memperkukuh penguasaan bahasa serta menyemai minat murid terhadap kedua-dua bahasa dalam suasana yang menyeronokkan.