KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 pada 3-5 Mac 2022 di PULAKO IPGKSAH kepada 30 orang penolong pemimpin KLM 21. Pelbagai kemahiran kepengakapan seperti ikatan dan simpulan, kawad kaki dan istiadat Laung Agung telah diajar oleh jurulatih kokurikulum iaitu Ustaz Kholid dan Cik Noor Hayati. Permit Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 ialah PKK/1-453. Ketua Kursus ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 97
BENGKEL INOVASI MICUP 1
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM IPGKSAH DAN JPPI IPGKBM
Bengkel Inovasi MICUP 1 anjuran Unit Kokurikulum IPGKSAH dan JPPI IPGKBM pada 15 April 2022 menggunakan google meet. Seramai 116 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang membincangkan tentang inovasi serta proses MICUP. Penceramah terlibat ialah Dr, Roslina binti Suratnu dan Cik Haslinda binti Mohamad Saad manakala moderator bertugas ialah Pn. Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 196
BENGKEL PLC-INOVASI DAN STEM
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel PLC yang menekankan kepada elemen inovasi dan STEM bertempat di Pusat Sains Negara, Alor Setar pada 14 Mac 2022. Banyak pengalaman baharu yang diperolehi melalui bengkel ini. Selain itu, rakaman untuk HIP Program turut dijalankan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 150
BENGKEL ASAS EASY VIDEO MAKER
Unit Kokurikulum telah menganjurkan Bengkel Asas Easy Video Maker pada 17 Mac 2022 yang melibatkan 9 orang peserta dari pelbagai jabatan dan unit. Bengkel ini merupakan pendedahan kepada peserta cara menghasilkan video. Penceramah bengkel ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 138
WEBINAR PROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Program Latihan Pengakap Kanak-kanak kepada Pemimpin dan guru pelatih yang menyertai Pengakap. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang silibus PKK. Penceramah webinar ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 210