Pertandingan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Zon Sabah (INOPEK) 2023

Lima pelajar IPGKSAH telah terlibat dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Zon Sabah (INOPEK) 2023.Pasukan tersebut telah dibimbing oleh Dr.Kumaran Gengatharan dari segi penulisan laporan Inovasi dan pasukan tersebut telah berjaya mewujudkan satu inovasi yang berbentuk APP's yang bernama One For All (OFA). Inovasi tersebut adalah untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar IPG dari segi mental, akademik dan kewangan. Pada 4/4/23 pasukan tersebut telah bentangkan inovasi mereka melalui persembahan Maya. Pasukan Inovasi pelajar tersebut berjaya nobat Tempat ketiga iaitu Anugerah Inovasi Terbaik dalam kategori pelajar dan Platinum juga.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1256
PENILAIAN MPU3071 OLAHRAGA
PISMP JUN 2021

Unit Kokurikulum telah mengadakan penilaian penganjuran bagi MPU3071 Olahraga pada 18 Mac 2023 di padang IPGKSAH melibatkan 254 orang pelajar PISMP Jun 2021. Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, 100 meter dan 4x400 m. TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah memberi komitmen terbaik. Penyelaras bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1135
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 Unit PKK (Ketua Kursus : Pn Nur Eliyawaton, no permit :PKK/1-507) dan (Ketua Kursus ; Hj Zahir Mohd Nasir, no permit: PKK/1-506) kepada 67 orang pengakap KLM 21 di PULAKO IPGKSAH pada 16-18 Mac 2023. Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu kepengakapan dalam kalangan pelajar-pelajar IPGKSAH disamping mendapatkan tauliah yang diiktiraf. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias turut dibantu oleh ADC KLM 21 dan 2 orang penolong jurulatih dari PPM Kedah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1402
ISTIADAT PENGALUNGAN MANIKAYU 2 BUTIR
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1244
Read more: UKK- Istiadat Pengalungan Manikayu 2 Butir Unit PKK
PROGRAM CPD HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

Pada 14-15 Mac 2023, Unit Kokurikulum telah mengendalikan program CPD dengan 30 orang kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim di PULAKO IPGKSAH. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team building, asas senamrobik dan bengkel woodball. Unit Kaunseling IPGKSAH turut membantu melalui aktiviti LDK. Penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1140



