LAWATAN AKU ANAK SENI

Persatuan Seni Kreatif (Unit Kokurikulum) telah mengadakan Lawatan Aku Anak Seni pada 30 Mei 2023 di Balai Seni dan JKKN Pulau Pinang. Seramai 36 orang pelajar dan 1 orang pensyarah pengiring telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Objektif lawatan ini diadakan ialah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat pameran seni serta menjalinkan kolaborasi dengan JKKN. Penyelaras bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 359
BENGKEL MASAKAN TRADISIONAL

Pada 25 Mei 2023, Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Masakan Tradisional (lontong) di PULAKO IPGKSAH melibatkan 14 orang peserta. Bengkel ini diadakan bagi melatih jurulatih kokurikulum dan AKP yang terlibat untuk memasak lontong kerana ia merupakan kemahiran sampingan yang diperlukan terutamanya semasa BIG dan Perkhemahan Unit Beruniform. Fasilitator yang terlibat ialah Cik Noor Hayati Ariffin manakala penyelaras bertugas ialah En Zulkifli Mohd Yusof.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 304
CERAMAH TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan STEM telah berkongsi kepakaran memberi ceramah bertajuk Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam kepada 1200 orang pelajar di SMK Ibrahim pada 7 Mei 2023. Penceramah bertugas ialah Dr Fazliza Che Amat dan dibantu oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Kolaborasi 2 jabatan/unit ini merupakan 1 langkah bijak dalam mencapai objektif untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar di sekolah.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1200
KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK PPMD KUALA MUDA

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1352
BENGKEL ASAS CANVA DIGITAL

Bagi menyahut cabaran Pertandingan Kad Raya Digital, Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Canva Digital pada 11 April 2023 di INTURA. Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dan berjaya menghasilkan kad raya digital seperti yang telah ditetapkan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1281



