PERKONGSIAN ILMU
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Pada 1 Jun 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bertajuk Kepentingan Teknologi Hijau dalam Kelestarian Alam Sekitar. Seramai 60 orang pelajar dari SMK Sg Pasir Kechil telah menyertai perkongsian ilmu ini. Penceramah terlibat ialah Dr Fazliza binti Che Amat dari Jabatan STEM manakala penyelaras program ialah En Zulkifli Mohd Yusof dari Unit Kokurikulum. Objektif perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 290
BENGKEL MASAKAN NASI ULAM
Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama PIBG SMK Sg Pasir Kechil telah mengadakan Bengkel Masakan Nasi Ulam pada 29 Mei 2022 di PULAKO IPGKSAH. Bengkel ini amat menarik kerana selain mempelajari teknik memasak nasi ulam, peserta turut diperkenalkan beberapa jenis ulam seperti pegaga, cekur, selom, janggus, bayam brazil, cemumar dan keladi. Seramai 18 orang warga IPGKSAH dan 12 orang guru serta pelajar dari SMK Sg Pasir Kechil telah mengambil bahagian. Penyelaras bengkel ialah Cik Noor Hayati Ariffin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 113
BENGKEL ASAS MASAKAN RIMBA
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Masakan Rimba pada 17 Mei 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh En Kholid bin Salleh. Objektif bengkel ini diadakan ialah untuk memperkenalkan teknik masakan rimba serta kaedah memasak menggunakan buluh dan batang pisang. Kesemua peserta telah menunjukkan minat yang mendalam dan semangat berpasukan yang tinggi. Tahniah diucapkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 130
BENGKEL ASAS GIMNASTIK BERIRAMA
Pada 24 Mac 2022, Unit Kokurikulum IPGKSAH telah mengadakan Bengkel Asas Gimnastik Berirama yang dikendalikan oleh En Ng Kheng Loon selaku jurulatih. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dan sebanyak 5 teknik gimnastik berirama telah diajar iaitu reben, bola, gelung, tali dan hoop.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 182
PERTANDINGAN MEWARNA RAMADAN
Pada 20 April 2022, Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama PIBG SKSPK telah mengadakan Pertandingan Mewarna Ramadan kepada 37 orang pelajar 6 UM, SKSPK. Aktiviti ini merupakan kolaborasi yang membentuk kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum sekaligus membentuk pelbagai sikap positif seperti kerjasama dan kreatif. Penyelaras pertandingan ini ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. SOP yang ketat telah dipatuhi dan semua pelajar menunjukkan hasil kerja yang cantik dan menarik.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 549