3 April 2023 - Lawatan ke Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dan Fakulti Seni, Universiti Sains Malaysia oleh para pelajar PSV. Melalui program ini, pensyarah dan pelajar jurusan seni dapat mengenal pasti beberapa aspek kualiti kerja yang dapat diintegrasikan dalam tugasan mereka selari dengan tujuan yang dikehendaki melalui Maklumat Kursus PSVK1152 dan PSVK3423 bagi memenuhi piawaian standard. Program lawatan ini mampu meningkatkan proses pembelajaran dan budaya kerja yang lebih cemerlang bagi pelajar dan juga pensyarah.
Details
Written by: jss
Hits: 324
30 Mac 2023- Jabatan Sains Sosial telah menganjurkan bengkel bertajuk Bengkel Digital Canva 2.0. Bengkel siri 1 ini telah dihadiri oleh peserta bersasar. Seramai dua puluh orang telah terlibat. Dua orang fasiltator yang berkongsi ilmu semasa bengkel tersebut ialah Encik Othaya Kumaran a/l Kandasamy dan Puan Faridah binti Abdul Rahman. Para peserta diberi pendedahan pada Slot 1: Pengenalan aplikasi Canva - set up canva, menu dan fungsi : fonts, colours, images, backgrounds, layouts and shapes. Slot 2: Latihan Amali- reka grafik poster, reka info grafik. Slot 3: Persembahan - membina poster- pertandingan poster Hari Raya.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia. Tel : +604-4218621 Fax : +604-4218582 GPS Koordinat : N 05.62884 E 100.52290