Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) akan mengadakan Perjumpaan Jabatan Sains Sosial Bil. 1/2026 sebagai medium penyampaian maklumat, pengukuhan komunikasi serta penyelarasan aktiviti akademik dan kokurikulum bagi semua warga JSS.

Perjumpaan ini turut memberi ruang kepada Ketua Jabatan untuk menyampaikan amanat dan hala tuju jabatan, di samping mengukuhkan semangat profesionalisme serta kebersamaan dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Majlis akan diteruskan dengan Taklimat Pameran NUANSA 2026 yang akan disampaikan oleh Puan Sakinah binti Mahamud, Penyelaras Pameran, sebagai persediaan menjelang penganjuran pameran di Balai Seni Alor Setar.

Butiran Program

  • Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat: Dewan Al-Khawarizmi
  • Pakaian: Rasmi

Atur Cara Majlis

  • 8.45 pagi – Ketibaan pelajar
  • 9.00 pagi – Ketibaan Ketua Jabatan diiringi pensyarah JSS
  • 9.10 pagi – Salutasi oleh pengacara majlis
  • 9.15 pagi – Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah
  • 9.20 pagi – Bacaan doa
  • 9.25 pagi – Laungan Ikrar Rukun Negara
  • 9.30 pagi – Ucapan oleh Puan Faridah Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sains Sosial
  • 9.45 pagi – Nyanyian Lagu IPGM, Lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu IPGMKSAH
  • 9.55 pagi – Penutup majlis dan sesi bergambar
  • 10.00 pagi – Taklimat PAMERAN NUANSA 2026 oleh Puan Sakinah binti Mahamud, Penyelaras Pameran

Semoga perjumpaan ini menjadi platform yang bermakna untuk memperkukuh hubungan antara warga Jabatan Sains Sosial, meningkatkan kefahaman terhadap perancangan jabatan serta memastikan kelancaran pelaksanaan PAMERAN NUANSA 2026.

Anjuran:
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290