
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Program, Pn Noor Firdaus binti Shamsudin, En Zaaba bin Ismail (TKJ), Pn Sakinah binti Mahamud (KU PSV), Dr Maznah binti Salleh dan En Kirheba Murugan a/l Krishnan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang amat cemerlang dalam menjayakan Program Lawatan Pendedahan Seni Warisan: Kraf Batik yang melibatkan lawatan ke Kompleks Kraf Perak dan Galeri Layar, UPSI pada 3 hingga 5 Februari 2026.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pelajar PISMP Ambilan 2023/2028, Kelas 22C PSV atas penglibatan aktif, disiplin yang tinggi serta sikap bertanggungjawab sepanjang program berlangsung. Kejayaan program ini jelas mencerminkan semangat kerja berpasukan, perancangan yang rapi serta kesungguhan semua pihak yang terlibat.
Semoga pengalaman dan pendedahan yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkaya ilmu, kemahiran dan apresiasi terhadap seni warisan, seterusnya menyumbang kepada pembentukan bakal pendidik seni yang berilmu, berbudaya dan berwibawa.
Sekian, terima kasih.
Pn Faridah Abdul Rahman
KJ JSS





