

Bagi menyemarakkan amalan kerohanian dan memperkukuh nilai kebersamaan dalam kalangan warga Jabatan Sains Sosial (JSS), Majlis Bacaan Yasin Jabatan Sains Sosial 2026 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 28 April 2026.
Program ini menghimpunkan pensyarah serta pelajar JSS dalam suasana penuh khusyuk untuk bersama-sama membaca Surah Yasin dan memanjatkan doa agar dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, keberkatan ilmu serta dipermudahkan segala urusan sepanjang sesi akademik.
Penganjuran majlis secara dalam talian membolehkan penyertaan yang lebih meluas tanpa mengira lokasi, sekali gus mencerminkan komitmen Jabatan Sains Sosial dalam menerapkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pengukuhan sahsiah serta pembangunan spiritual warga jabatan.
Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah dan pelajar yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga amalan yang baik ini dapat diteruskan sebagai wadah mempererat ukhuwah, menyuburkan budaya ilmu serta memohon keberkatan daripada Allah SWT dalam setiap usaha yang dilaksanakan.
"Dengan Keberkatan Yasin, Diperkukuh Ukhuwah, Dipermudah Urusan dan Diberkati Ilmu."
Anjuran:
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)





