
Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah menganjurkan Majlis Dinner Jabatan Sains Sosial 2026 sebagai acara tahunan yang menghimpunkan seluruh warga jabatan dalam suasana penuh kemeriahan dan elegan.
Bertemakan "Glitz & Glam", majlis yang berlangsung pada 1 Mei 2026 di Purest Hotel, Sungai Petani ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat kebersamaan serta menghargai komitmen dan penglibatan pensyarah serta pelajar sepanjang tahun akademik.
Pelbagai pengisian menarik telah memeriahkan majlis, termasuk sesi penghargaan, persembahan, cabutan bertuah dan aktiviti santai yang berjaya mewujudkan suasana harmoni serta mengukuhkan hubungan antara warga Jabatan Sains Sosial. Selain meraikan kejayaan dan pencapaian bersama, majlis ini turut menjadi medium untuk membina jaringan yang lebih erat dalam suasana yang santai dan penuh bermakna.
Jabatan Sains Sosial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi tradisi yang menyemarakkan semangat kekitaan serta memperkukuh budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan warga JSS.
"Glitz & Glam: Celebrating Togetherness, Inspiring Excellence."
Anjuran:
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)





