BENGKEL OLAHRAGA (LOMPAT TINGGI)

Bengkel Olahraga untuk acara lompat tinggi telah diadakan pada 4 Januari 2023 di gimnasium IPGKSAH yang melibatkan semua jurulatih Unit Kokurikulum sebagai persediaan untuk mengajar subjek Olahraga. Beberapa teknik lompatan telah dilatih seperti teknik lompatan gaya gunting. gaya pelana dan gaya lentang, SOP dan peraturan serta kaedah ansur maju yang sesuai untuk diajar. Penyelaras bengkel kali ini ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1372
BENGKEL OLAHRAGA (ACARA BALAPAN)

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Olahraga untuk acara balapan iaitu lari pecut, lari berganti-ganti dan lari berpagar pada 3 Januari 2023. Objektif bengkel ini diadakan sebagai latihan dan ulangkaji kepada semua jurulatih sebagai persediaan mengajar Olahraga. Penyelaras bertugas ialah Dr Mohamad Nasrullah bin Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1674
BENGKEL ASAS OLAHRAGA (LONTAR PELURU)

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Olahraga untuk acara lontar peluru pada 2 Januari 2023 di Padang IPGKSAH kepada jurulatih UKK sebagai latihan dan persediaan mengajar subjek Olahraga. Bengkel ini menyentuh tentang SOP, peraturan permainan dan perlawanan, peralatan dan tektik lontaran yang betul. Penyelaras bertugas ialah Dr Kumaran a/l Gengatharan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1511
ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT PPM

Unit Kokurikulum membuka tirai 2023 dengan webinar bertajuk Anugerah Bintang dan Pingat PPM pada 2 Januari 2023 menggunakan GM. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan pensyarah dan KLM 21 telah menyertai webinar ini. Para peserta telah didedahkan tentang pingat-pingat PPM seperti SKKPN, Pingat Perkhidmatan Baik, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Bintang Semangat Rimba. Penceramah bertugas ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias dan dibantu oleh Cik Noor Hayati selaku moderator.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1272
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN DAN 1
PPM KLM IPGKPM ZON UTARA

- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1499
Read more: UKK-Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat 1 (Unit PKK)



