Bengkel Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 27 hingga 29 Februari 2026 (Selasa–Khamis) bertempat di Dewan Bukhari, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Bengkel ini melibatkan seramai 96 orang pelajar daripada kohort PISMP Ambilan Ogos 2022 (Keluaran Julai 2027), PISMP Ambilan Ogos 2023 (Keluaran Julai 2028) serta PPISMP Ambilan Ogos 2025 (Keluaran Julai 2030). Program ini berlangsung dengan lancar dan meriah, disokong oleh penglibatan aktif semua peserta.

Sepanjang hari kedua bengkel, para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai pengisian utama berkaitan Kurikulum Prasekolah 2026, antaranya:

🔹 Bidang Pembelajaran Fizikal dan Kesejahteraan Diri, yang memberi fokus kepada perkembangan kemahiran motor halus dan kasar, koordinasi pergerakan tubuh serta amalan penjagaan diri bagi membentuk asas gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak.

🔹 Bidang Pembelajaran Kreativiti dan Estetika, yang menekankan penerokaan seni, muzik dan pergerakan kreatif sebagai medium ekspresi diri, di samping merangsang imaginasi serta memupuk penghargaan terhadap nilai keindahan dalam kehidupan seharian.

🔹 Pembelajaran Jadual Waktu, yang memberikan gambaran awal kepada pelajar tentang pengurusan masa yang sesuai bagi pelaksanaan pelbagai komponen pembelajaran di bilik darjah prasekolah.

🔹 Pelaksanaan Waktu Rehat, yang dirancang bagi membentuk tingkah laku positif, menyemai nilai murni serta memperkukuh jati diri kanak-kanak sejak peringkat awal.

🔹 Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran, yang membolehkan pelajar mempraktikkan perancangan aktiviti secara berkumpulan, sekali gus memupuk sikap toleransi serta mengembangkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal melalui sesi penerangan dan pembentangan dengan yakin.

Secara keseluruhan, bengkel ini telah memberi pendedahan yang komprehensif kepada pelajar berkaitan struktur, fokus serta pendekatan Kurikulum Prasekolah 2026, sejajar dengan matlamat pembangunan holistik kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator dan pensyarah atas perkongsian ilmu yang bermakna, serta kepada para pelajar atas komitmen dan kerjasama yang sangat memberangsangkan sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam amalan pendidikan awal kanak-kanak pada masa akan datang.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290