PERKONGSIAN ILMU - HARI PENYU SEDUNIA

Pada 19 Jun 2022 Unit Kokurikulum dengan kerjasama Sekawan Kuning, KLM 21 telah mengadakan perkongsian ilmu bertajuk Hari Penyu Sedunia bagi membincangkan soalan kuiz sempena Hari Penyu Sedunia yang dianjurkan oleh Pengakap Laut Malaysia. Seramai 26 orang peserta telah mengambil bahagian dan sesi perkongsian ilmu ini telah berjalan lancar. Moderator bertugas ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 403
BENGKEL ASAS OLAHRAGA
SK SULTAN MUDZAFFAR SHAH

Unit Kokurikulum IPGKSAH telah mengadakan Bengkel Asas Olahraga kepada 20 orang pelajar SK Sultan Mudzaffar Shah pada 15 Jun 2022. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik larian yang betul sebagai persediaan mereka menghadapi Kejohanan Olahraga di peringkat sekolah dan daerah kelak. Penyelaras bengkel ialah En Mohamad Nasrullah Nasiruddin dan dibantu oleh En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1244
BENGKEL ASAS UNIT BERUNIFORM

Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama SK Brinchang, Cameron Highlands telah mengadakan Bengkel Asas Unit Beruniform pada 15 Jun 2022. Antara pengisian bengkel ialah permainan team building, ikatan dan anduh. Seramai 17 orang guru dan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 telah menyertai bengkel ini. Penyelaras terlibat ialah En Zulkifli Mohd Yusof manakala Guru Besar SKB, Pn Faridah Najihah Mohamed Yusoff telah merasmikan bengkel ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1248
PERKONGSIAN ILMU - HARI LAUTAN SEDUNIA

Unit Kokurikulum IPGKSAH dengan kerjasama KLM Zon Utara telah mengadakan perkongsian ilmu bertajuk Hari Lautan Sedunia bagi membincangkan 50 soalan kuiz yang dianjurkan oleh Pengakap Laut Malaysia. Sekawan bertugas ialah Sekawan Merah dan moderator terlibat ialah En Zulkifli Mohd Yusof dari Unit Kokurikulum. Objektif perkongsian ilmu ini diadakan bagi meningkatkan ilmu peserta dan menggalakkan peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1147
WEBINAR HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Unit Kokurikulum dengan kerjasama KLM 21 telah berjaya mengadakan webinar bertajuk Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2022. Webinar ini dikendalikan oleh Sekawan Biru sebagai tugasan KMK Peringkat 2 dan moderator yang terlibat ialah En Mohamad Nasrullah Nasiruddin.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1185



