BINA INSAN GURU PDPP AMBILAN OKT 2021

Bina Insan Guru (BIG) PDPP Ambilan Okt 2021 telah berjaya dilaksanakan pada 20-24 Ogos 2022 di PULAKO IPGKSAH. Seramai 37 orang pelajar dan 6 orang Jurulatih Kokurikulum serta 2 orang kaunselor telah terlibat dalam BIG kali ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah kawad kaki, abseiling, berakit, khidmat komuniti dan kembara seperti yang ditetapkan dalam MK. Penyelaras terlibat ialah En Ng Kheng Loon.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1294

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Orienteering kepada 65 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 22 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang peralatan orienteering, cara melukis petunjuk, cara membaca kompas serta amali orienteering sebanyak 6 control points. Ia merupakan pertandingan dan semua kumpulan telah menunjukkan komitmen serta minat yang sangat mendalam. Penceramah terlibat ialah Dr Mohamad Nasrullah Nasiruddin dari Unit Kokurikulum
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 1630
Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Balutan dan Anduh kepada 70 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 21 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang bantu mula, cara mengikat anduh dan membuat balutan yang betul serta penerangan tentang kepentingan menguasai kemahiran ini. Penceramah terlibat ialah En Ng Kheng Loon dari Unit Kokurikulum.
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 1496

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Masakan Rimba kepada 70 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 21 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang masakan rimba seperti masak telur dalam kentang dan batang pisang. Penceramah terlibat ialah En Kholid Salleh dari Unit Kokurikulum.
- Details
- Written by: Tadbir
- Hits: 1335




