WEBINAR PROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Unit Kokurikulum telah mengadakan webinar bertajuk Program Latihan Pengakap Kanak-kanak kepada Pemimpin dan guru pelatih yang menyertai Pengakap. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang silibus PKK. Penceramah webinar ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1159
BINA INSAN GURU
PDPP AMBILAN JUN 2021

Unit Kokurikulum telah menyempurnakan Bina Insan Guru yang melibatkan 10 orang pelajar PDPP (PJ) Ambilan Jun 2021 pada 27 Feb - 3 Mac 2022 di PULAKO IPGKSAH. Aktiviti yang dijalankan mengikut MK yang ditetapkan melibatkan kembara, menyelamat di air, ikhtiar hidup, kawad kaki dan Malaysia cergas. Penyelaras BIG ialah En Ng Kheng Loon dan majlis penutup telah diserikan oleh Timbalan Pengarah IPGKSAH, Dr Aris Fadil bin Hj Ujang
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1446
LAWATAN PENANDA ARAS - KAYAK

Pada 8 Feb 2022, Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Kayak) di Tasik Beris, Sik, Kedah. Lawatan ini dikendalikan oleh penyelaras iaitu En Nasrullah dan dibantu oleh pemilik resort iaitu Encik Basiron. Lawatan ini tertumpu kepada pengurusan kayak, stor penyimpanan, cara pengendalian kayak yang perlu dibaiki/rosak serta cara penyimpanan kayak yang betul.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1179
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN

Unit Kokurikulum telah berjaya melaksanakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan kepada 16 orang peserta pada 19 Feb 2022 di Dewan Bukhari, IPGKSAH. Kursus ini diketuai oleh Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias. Sebanyak 8 tajuk telah disampaikan kepada para peserta antaranya Uniform Pengakap, Sejarah Pengakap dan Safe From Harm.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 1289
BENGKEL ASAS PERMAINAN

Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Permainan pada 9-13 Januari 2022 di gelanggang IPGKSAH. Permainan yang terlibat ialah bola jaring, bola tampar, takraw dan badminton. Objektif utama bengkel ini diadakan sebagai latihan ulangkaji kepada jurulatih sebagai persediaan untuk MPU Permainan.
- Details
- Written by: ukk
- Hits: 322



