Unit Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Asas Masakan Rimba kepada 70 orang guru dan pelajar SMK Dato Bijaya Setia pada 21 Julai 2022 di PULAKO IPGKSAH. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang masakan rimba seperti masak telur dalam kentang dan batang pisang. Penceramah terlibat ialah En Kholid Salleh dari Unit Kokurikulum.