Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG : SEMINAR KESEJAHTERAAN EMOSI DAN PENGURUSAN KESIHATAN - TERAPI MINDA: “THE NEW ME”
Tarikh : 31 MEI 2022 (SELASA)
Masa : 30 a.m - 4.30 p.m
Tempat : KULIM GOLF & COUNTRY RESORT, KULIM, KEDAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta :24 Orang
LAPORAN PROGRAM
Kesejahteraan emosi merupakan satu elemen penting dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang di sesebuah organisasi. Kesejahteraan emosi merangkumi kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan individu supaya dirinya sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan harmoni dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab. Keadaan ini bukan sahaja menjurus dalam bidang pekerjaan semata-mata bahkan juga meliputi aspek kehidupan dan kekeluargaan seseorang itu.
Rentetan Pandemik COVID-19 sehingga memasuki Fasa Endemik kini, semakin ramai individu menghadapi isu untuk mencari dan mencapai kesejahteraan emosi yang optimum. Pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan emosi yang melibatkan penyesuaian diri di tempat kerja, isu tekanan beban kerja, isu kekeluargaan seperti masalah kewangan, menguruskan keluarga dan sebagainya. Disebabkan isu sebeginilah, Unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Latihan mengadakan satu program berbentuk kesejahteraan emosi yang berfokuskan kepada Terapi Minda iaitu mewujudkan “The New Me” terutamanya kepada Pegawai Akademik yang baharu bertugas di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan emosi yang sejahtera dalam kalangan warga kerja, memahami tentang kesihatan mental dan fizikal serta meningkatkan motivasi dan keseronokan bekerja disamping mengutamakan hubungan dalam kekeluargaan.