Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) IPGKSAH 2022
Tarikh : 30 OGOS 2022 (SELASA)
Masa : 30 a.m - 4.30 p.m
Tempat : BILIK PENGAJARAN MIKRO IPGKSAH
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta :16 Orang
Personalia : -
Fasilitator : - PN. NORFASHADIRAH BINTI DESA
EN. MD ZAHIR BIN ABDUL HAMID

 

LAPORAN PROGRAM

AKRAB dalam perkhidmatan awam merupakan pembentukan kelompok sokongan atau perantara yang terlatih dan bertauliah antara ahli AKRAB dengan rakan sekerja dan pegawai psikologi atau pegawai sumber manusia di kementerian atau jabatan. Objektif utama pelaksanaan ialah untuk membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.

AKRAB IPG Kampus Sultan Abdul Halim terdiri daripada dua puluh orang ahli yang telah menerima pentauliahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Justeru, AKRAB IPGKSAH diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan kualiti kerja, potensi dan kecemerlangan diri rakan sekerja di  IPGKSAH.

Program ini bertujuan memberi satu refresher course kepada ahli AKRAB yang telah melalui kursus Tahap 1 dan Tahap 2. Ini bagi memastikan semua ahli AKRAB sentiasa peka dan cakna mengenai isu-isu semasa psikososial dan kesejahteraan mental. Dalam bengkel ini juga, perancangan aktiviti AKRAB bagi tahun 2023 telah dilaksanakan.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290