PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK TERAPI IMEJ PENINGKATAN KENDIRI DAN ETIKET SOSIAL
Aktiviti :Program Perkembangan Staf
Tajuk : PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK TERAPI IMEJ PENINGKATAN KENDIRI DAN ETIKET SOSIAL
Tarikh : 25 MEI 2022 (RABU)
Masa : 30 a.m - 4.30 p.m
Tempat : Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Sungai Petani, Kedah.
Anjuran : Unit Psikologi & Kaunseling
Peserta :24 Orang
LAPORAN PROGRAM
Ketrampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seseorang. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaan fizikal seseorang.
Kursus ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Ketrampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seseorang. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial
Dalam program ini, peserta didedahkan dengan penjagaan kesihatan fizikal, kaedah menentukan pemakaian terbaik sebagai penjawat awam, dan etiket sosial sebagai penjawat awam. Semua peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik dalam program ini.