BLOK KOLEJ KEDIAMAN IPGKSAH
- KOTA PALAS (BLOK A)
Sultan Muzaffar Shah I atau Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II (mangkat Jumaat, 13 Safar 575 Hijrah, bersamaan 20 Julai 1179)[1] ialah Sultan Kedah yang pertama. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Maha Jiwa. Baginda dimasyhurkan sebagai Maharaja "Kalah" bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Bukit Mariyam (Permaisuri Duli Yang Maha Mulia Nagara Kedah Pasai Ma Benua Siam Islam, Me Rong Maha Wang Ser. Baginda sering berulang alik memantau wilayah jajahan Kalah (Kedah). Pada waktu ini, Sungai Babur telah bertukar nama kepada Sungai Merbuk manakala Kuala Babur "arti pintu" (Kuala Merbuk).
- KOTA SUNGAI MAS (BLOK B)
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah 1, putera baginda Tuanku Muazzam telah ditabal sebagai Sultan Kedah yang kedua (1179-1202). Baginda telah membuka sebuah kota berhampiran Sungai Mas dan dikenali sebagai Kota Sungai Mas.
- KOTA BUKIT MERIAM (BLOK C)
Merupakan sebuah kota yang telah lama dibuka iaitu sejak pemerintahan Maharaja Karma. Pada ketika Kota Bukit Meriam mempunyai ramai penduduk yang terdiri daripada orang melayu, siam, ligor, burma dan pegu. Tuanku Muhammad Shah, iaitu Sultan Kedah yang ketiga (tahun 1202 - 1237) dan Tuanku Muzzil iaitu Sultan Kedah yang keempat (tahun 1237 - 1280) telah bersemayam di Kota Bukit Meriam. Kota ini terletak di dalam Daerah Kuala Muda.
- KOTA SIPUTIH (BLOK D)
Sultan Mahmud Shah 1 iaitu Sultan Kedah kelima (1280 - 1321) telah bersemayam di Kota Sungai Mas. Pada tahun 1282 baginda telah menitahkan adinda baginda Tuanku Ahmad membuka penempatan baru di Daerah Kubang Pasu yang dikenali sebagai Kota Siputih. Kota ini merupakan kota yang sangat popular kerana Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373), Sultan Sulaiman Shah (1373 - 1423), Sulltan Ata'Allah Muhammad Shah 1 (1423 - 1473), Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin (1473 - 1506), Sultan Mahmud (Muhammad) Shah (1506 - 1547), Sultan Muzaffar Shah II (1547 - 1602), Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1619) dan Sultan Rijaluddin Muhammad Shah ( 1619 - 1652) telah bersemayam di Kota Siputih. Kota Siputih pernah menjadi ibu negeri Kedah.
- KOTA BUKIT PINANG (BLOK E)
Sultan Ata'Allah Muhammad Shah II iaitu Sultan Kedah yang keenam belas telah membuka Kota Bukit Pinang. Baginda bersemayam dan mangkat di Kota Bukit Pinang.
- KOTA ANAK BUKIT (BLOK F)
Anak Bukit ialah sebuah bandar diraja[1] di Negeri Kedah, Malaysia dan terletak di Kawasan Parlimen Kuala Kedah. Anak Bukit juga merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kota Setar. Anak Bukit terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu di Lebuhraya Darul Aman. Pekan ini terletak 7 km dari pusat bandar Alor Setar dan dihubungkan dengan Lebuhraya Darul Aman.
Anak Bukit juga merupakan kawasan baru bagi bangunan pentadbiran Negeri Kedah, Jabatan Pendaftaran Negara, Makkamah Syariah baru dan lain-lain lagi.
Ia dikenali sebagai bandar diraja Kedah kerana kediaman rasmi Sultan iaitu Istana Anak Bukit terletak di sini. Ia juga merupakan tempat kelahiran Sultan Kedah yang ke-27, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
- KOTA KUALA (BLOK G)
Pada awal tahun 1811, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah berpindah dan bersemayam dari Kuala Kedah ke Kota Kuala atau Kota Kuala Muda.
- KOTA LIMBUNG (BLOK H)
Setelah Sultan Abdullah Muazzam Shah iaitu Sultan Kedah ketujuh belas (1698 - 1706) memerintah, baginda telah menitahkan Tuanku Ibrahim iaitu Raja Muda Kedah membuka Kota Limbung Langgar. Daerah Kota Setar untuk pusat pentadbiran Raja Muda.
KUARTERS
- KOTA KUALA KEDAH (BLOK 1415)
Kota Kuala Kedah terletak di sebelah kanan muara Sungai Kedah. Kedudukannya betul-betul di dalam Kampung Seberang Kota, kira-kira 11.6km dari bandar Alor Setar. Mulanya Kota Kuala Kedah dibina daripada tanah lumpur. Ianya menjadi tapak kubu yang tertua di Malaysia. Kanan muara Sungai Kedah dijadikan benteng pertahanan juga mengawal jajahan takluknya termasuklah jalan darat yang merentasi ke Telok Siam.
Dato Maharaja Kadhi Syeikh Abdul Jalil telah ditugaskan untuk membuat reka bentuk bangunan kota itu. Kerja-kerja pembinaan kota itu bermula pada 10 Safar 1185 (bulan Mei 1771). Kota ini siap dalam tahun 1194H (1780M).
- KOTA KUALA MUDA (BLOK 1416)
Kota Kuala Muda terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala Sungai Muda. Kota ini dibina pada abad ke-17 dan 18. Ianya pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, setelah ibu negeri dipindahkan dari Kota Setar ke Kuala Muda. Tujuan perpindahan itu ialah untuk mengelakkan ancaman serangan Siam.
- KOTA PADANG SEJANA (BLOK 1417)
Kota ini terletak di Kampung Padang Sejana Mukim Naga lebih kurang 3km ke arah barat dari pekan Kepala Batas. Di dalam kota ini terdapat beberapa buah rumah, sebuah bekas kolam mandi dan beberapa buah makam bersejarah termasuk makam Panglima Tok Lidah Hitam. Kota ini bersambung dengan sebuah kota lagi yang dikenali sebagai Kota Rentang. Kota ini dibina dengan arahan Sultan Muzaffar Shah II yang memerintah Kedah kira-kira pada tahun 1547 hingga 1602.
- KOTA AUR (BLOK 1418)
Kota ini terletak di Kampung Pinang Tunggal dalam daerah Kuala Muda, kira-kira 8km ke selatan bandar Sungai Petani. Berdasarkan kesan yang ada menunjukkan Kota Raja Bersiung ini lebih luas hingga sampai ke sebuah paya di Kampung Seberang Tok Soh.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas Raja Kedah yang manakah membina Kota tersebut. Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, tidak ada disebut Kota Raja Bersiung. Sementara dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada catatan yang menyebut Raja Kedah yang bergelar Raja Ong Maha Perita Deria yang memakan darah manusia itu digelar Raja Bersiung membina Kota ini, yang disebut "Kota Aur". Aur bererti buluh iaitu sejenis buluh yang tumbuh di tepi sungai tersebut.