Kursus Asas Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1
Peringkat Negeri Kedah

Tahniah kepada En Tinagaran a/l Sannasi Naidu dan Pn Wan Nor Farhana binti Megat Haron kerana telah lulus OUTREC 1 anjuran JBS Kedah yang telah diadakan di Serdang Lake View Resort, Kedah pada 7-10 Mei 2026. Kursus ini menguji ketahanan para peserta serta meningkatkan ilmu kemahiran berkaitan rekreasi seperti abseiling, tali aras tinggi, berkayak, bantu mula, orienteering dan pengurusan perkhemahan. Turut melibatkan diri ialah Pn Nur Eliyawaton Mohd Alias sebagai penolong jurulatih OUTREC 1.





