Jabatan Pengajian Melayu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pelajar atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan Sultan Abdul Halim Teaching Aid Competitions (SAHTAC) 2026 yang berlangsung pada 22 April 2026.

 

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang dianggotai oleh Auni Salha binti Mohd Khir, Khairul Nisak binti Ayob dan Nur Ain binti Mansor atas kejayaan meraih Anugerah Emas dan juga kepada Wan Muhammad Hakeem bin Wan Mohammad Helman atas kejayaan memperoleh Anugerah Emas serta Anugerah Reruai Terbaik dalam pertandingan tersebut.

 

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga JPM untuk terus cemerlang dalam bidang inovasi, kreativiti dan penghasilan bahan pendidikan berkualiti.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290