IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Aerobic IPGKSAH atas kejayaan cemerlang merangkul
gelaran Johan Pertandingan AEROFIT-JAM Generasi Madani Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Generasi Madani Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.


Pertandingan yang berlangsung pada 31 Oktober 2026 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan ini telah menghimpunkan penyertaan daripada institut-institut pendidikan guru seluruh negara dalam usaha memupuk budaya hidup sihat, kecergasan fizikal, semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan warga pendidik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ts. Dr. Shamsul bin Saniron, Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh:
1. Yang Berusaha Dr. Ismail bin Mohamed, Timbalan Rektor, Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
2. Yang Berusaha Dr. Hjh. Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.
3. Yang Berusaha En. Mohd Hamry bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Insaniah, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia.
4. Yang Berusaha En. Noor Azfar bin Kamal, Naib Presiden PEWARIS.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan komitmen, disiplin, kesungguhan serta semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli pasukan. Pencapaian ini juga mencerminkan keupayaan warga IPGKSAH untuk terus menyerlah dalam bidang kokurikulum dan kecergasan di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh ahli Pasukan Aerobic IPGKSAH serta jurulatih, Muhamad Anas bin Ahmad Siati atas komitmen, dedikasi dan usaha gigih dalam
membimbing pasukan sehingga berjaya meraih gelaran Johan di peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPGKSAH untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi di persada kebangsaan.


Unit Kokurikulum IPG KSAH

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290