
Alhamdulillah, Program Inspirasi Guru Unggul: Jati Diri, Kepimpinan & Kerja Berpasukan PAKK 2026 bagi pelajar PISMP 26/30 (Tahun 1 – Kelas 11B) telah berjaya dilaksanakan pada:
📅 29 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Pusat Kokurikulum, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
🌟 Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri, meningkatkan kemahiran kepimpinan dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar sebagai bakal pendidik awal kanak-kanak.
🌟 Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Nur Aziah binti Azmi selaku penyelaras program, serta Pn. Thennarasi a/p Sabapathy, En. Huzaini bin Amir dan En. Muhammad Syahir bin Sa’alodin atas bimbingan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
🌟 Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai persediaan untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti.
Sekian, terima kasih.



