SUNGAI PETANI, 25 Oktober 2026 – Jabatan Sains Sosial (JSS), Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) menganjurkan Karnival Akademik KARISMA 2026 yang berlangsung pada 25 hingga 29 Oktober 2026, bertempat di Galeri Seni, Bilik B002 dan B003, dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Penganjuran karnival ini bertujuan menyediakan platform kepada siswa guru untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan kemahiran keusahawanan melalui pelbagai aktiviti berasaskan seni visual, inovasi dan penghasilan produk kreatif.

Antara pengisian utama karnival ialah Pameran Ragam Rupa, Crafique dan Artist Corner yang menampilkan kepelbagaian hasil karya, eksplorasi media serta kreativiti dalam penghasilan seni.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan Art Booth yang menawarkan pelbagai produk dan aktiviti kreatif seperti Little Petals, Sugar Rush, Beadie, Collage Face, Keychain Pipe Cleaner, Mini Crochet, Tote Bag Tie-Dye, Mirror Painting, Kishk-Chain, Wavetoraf Art Booth dan Waffie Art Studio.

Melalui penganjuran KARISMA 2026, Jabatan Sains Sosial berusaha memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman, menggalakkan budaya keusahawanan kreatif serta meningkatkan apresiasi terhadap seni dalam kalangan warga kampus.

Seluruh warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini, menyaksikan hasil kreativiti siswa guru dan memberikan sokongan kepada usaha pembangunan bakat seni serta keusahawanan.

Ayuh, meriahkan KARISMA 2026!

Kreativiti Diserlahkan, Bakat Dikembangkan, Seni Diraikan.

Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

PAUTAN-PAUTAN PENTING Klik Di Sini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk akses pantas ke portal rasmi dan agensi berkaitan.

   
 

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290