
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:
🌟 Siti Zulaikha binti Zulkifli
🌟 Nuratiqah binti Anawar
Pelajar Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah berjaya meraih kemenangan menerusi penyertaan bersama Kumpulan Tiara Kesuma.
🌟 Kejayaan ini membuktikan semangat berpasukan, disiplin, komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam mencapai kecemerlangan.
🌟 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PAKK untuk terus menyerlahkan bakat, mengembangkan potensi diri dan melakar lebih banyak kejayaan dalam pelbagai bidang.
Tahniah dan syabas! Semoga terus melakar kecemerlangan!



