Wacana Profesional KSBM Siri 3/2025:

Perkukuh Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pemersatu

Majlis Wacana Profesional Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) Siri 3/2025 akan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan berlangsung pada 21 Ogos 2025, bertempat di Dewan Munsyi, IPGKSAH mulai jam 9.00 pagi. Wacana ini menghimpunkan para ilmuwan bahasa untuk membincangkan isu standardisasi Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan masa kini.

Sesi wacana menampilkan dua orang ahli panel, iaitu Tuan Haji Khairulanuar bin Ismail (IPG Kampus Ipoh) dan Dr. Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain (IPG Kampus Bahasa Melayu), manakala Cik Asniza binti Zakaria (IPG Kampus Sultan Abdul Halim) berperanan sebagai moderator. Perbincangan akan memberi tumpuan kepada aspek penerapan kerangka standard dalam pengajaran dan pembelajaran, serta meneliti cabaran yang dihadapi guru dalam memastikan keberkesanan penggunaannya di bilik darjah.

Melalui penganjuran Wacana Profesional KSBM Siri 3/2025, IPGKSAH terus komited dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, dan wahana perpaduan di persada pendidikan negara.

Pautan-pautan penting.  Sila klik

IPG Kampus Sultan Abdul Halim   08000 Sungai Petani,Kedah Darul Aman,Malaysia.    Tel : +604-4218621  Fax : +604-4218582     GPS Koordinat : N 05.62884  E 100.52290