Sempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2025, Jabatan Pengajian Melayu, IPGKSAH dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara akan menganjurkan Pertandingan Sahibba bagi menguji minda, memperkaya kosa kata dan menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 28 Ogos 2025
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Munsyi, IPGKSAH
Datanglah memberi sokongan kepada para peserta dan bersama kita mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pemersatu!