Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara - “Menyelusuri Warisan Ungku Aziz”: Deklamasi Sajak dan Poster Digital
Jabatan Pengajian Melayu mengucapkan tahniah dan syabas kepada MUHAMMAD AFIF IKHWAN BIN SAIFUL HARIZAL (23A) tempat ketiga bagi kategori menulis dan deklamasi sajak manakala AHMAD NAUFAL BIN AB.RAHMAN THOBRONI (23B) tempat saguhati bagi kategori poster digital atas pencapaian dalam SAYEMBARA “MENELURUSI WARISAN UNGKU AZIZ : DEKLAMASI SAJAK & POSTER DIGITAL”.
Tajuk :
|
Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara “Menyelusuri Warisan Ungku Aziz”: Deklamasi Sajak dan Poster Digital |
Tarikh : |
31 Julai 2025 |
Masa : |
9.45 pagi |
Tempat : |
Universiti Malaya |
Maklumat Program : |
Universiti Malaya melalui Ungku Aziz Centre for Development Studies (UAC) dengan tajaan Bank Simpanan Nasional (BSN) menganjurkan Sayembara Sajak dan Poster Digital sempena memperingati tokoh ilmuan tersohor negara. Bertemakan "Mengenang Ungku Aziz: Monumen Minda, Warisan Bangsa", pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang berminat menyampaikan penghargaan terhadap sumbangan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz melalui karya kreatif dalam bentuk sajak atau poster digital. |
Perasmi : |
Ybhg. Datuk Seri Dr. Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) |
Objektif Program : |
a) Menghargai sumbangan ilmuan negara : Memberi peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda, untuk mengenang jasa dan sumbangan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dalam pembangunan minda dan warisan bangsa melalui medium seni dan kreatif.
b) Menggalakkan ekspresi kreatif melalui sastera dan seni visual : Mendorong penyertaan dalam penghasilan karya sajak dan poster digital yang mencerminkan nilai intelektual, warisan, dan semangat patriotik.
c) Memupuk minat terhadap warisan dan identiti kebangsaan: Menyemai rasa kecintaan terhadap tokoh-tokoh penting negara serta membina kesedaran tentang kepentingan warisan minda dan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. |
Pencapaian : |
Pertandingan Menulis dan Deklamasi Sajak - Tempat Ketiga Poster Digital - Saguhati |
Pensyarah Pembimbing :
Cik Asniza binti Zakaria
Pn. Noor Halizawati binti Abd. Ghani