Pertandingan Monolog Merdeka 2025
'Semarakkan Jiwa Patriotik di IPGKSAH'
Pertandingan Monolog Merdeka, anjuran Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Jabatan Sejarah, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, telah berlangsung dengan penuh meriah di Ruang Sanggar Bitara Bahasa pada 4 September 2025.
Program ini diadakan bersempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Bulan Kebangsaan Peringkat IPGKSAH Tahun 2025, sekali gus menyemarakkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air.
Pertandingan yang melibatkan penyertaan wakil pelajar dari setiap jabatan ini menetapkan tempoh persembahan antara 3 hingga 5 minit dengan tema kemerdekaan. Setiap monolog dinilai berdasarkan penghayatan, kekuatan vokal, kelancaran bahasa, dan kesesuaian isi dengan tema.
Objektif utama program ini adalah untuk:
1. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara.
2. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam seni persembahan.
3. Memberi ruang kepada pelajar mengekspresikan bakat, kreativiti dan emosi
melalui monolog.
Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjaya mencungkil bakat pelajar dalam seni persembahan sambil menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air, seterusnya mengangkat bahasa Melayu sebagai wahana penghayatan kemerdekaan.
Penyelaras Program :
1. Dr. Fakhri bin Abd Khalil
2. Pn. Jalilah binti Jamil